SEMINAR PEMANTAPAN DAN PENGORGANISASIAN KESATUAN NUTP NEGERI SEMBILAN TAHUN 2026 : Klana Resort, Seremban

NUTP Negeri Sembilan

September 16, 2026

𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗠𝗔 | 15 September 2026, Selasa. Hari pertama Seminar Pemantapan dan Pengorganisasian Kesatuan NUTP Negeri Sembilan telah berlangsung dengan jayanya menerusi pengisian yang memberi penekanan kepada aspek perlindungan, integriti serta isu-isu semasa dalam perkhidmatan.

Program dimulakan dengan 𝗦𝗹𝗼𝘁 𝟭 – 𝗧𝗮𝗸𝗹𝗶𝗺𝗮𝘁 “𝗞𝗲𝗽𝗲𝗻𝘁𝗶𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗧𝗮𝗸𝗮𝗳𝘂𝗹 𝗗𝗮𝗻 𝗜𝗻𝘀𝘂𝗿𝗮𝗻𝘀” yang disampaikan oleh Puan Yusniza binti Mohd Yunus daripada Tony Ng & Associates. Sesi ini memberikan pendedahan berkaitan kepentingan perlindungan insurans kepada warga pendidik dalam melaksanakan tanggungjawab dan tugas seharian.

Seterusnya, 𝗦𝗹𝗼𝘁𝟮 – 𝗧𝗮𝗸𝗹𝗶𝗺𝗮𝘁 “𝗜𝗻𝘁𝗲𝗴𝗿𝗶𝘁𝗶 𝗗𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗣𝗲𝗿𝗸𝗵𝗶𝗱𝗺𝗮𝘁𝗮𝗻”telah disampaikan oleh Puan Nurul Shuhaida binti Mohamed, Ketua Penolong Pengarah Sektor Integriti, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS). Perkongsian ini menekankan kepentingan penghayatan nilai integriti, akauntabiliti dan etika dalam memastikan perkhidmatan pendidikan terus dilaksanakan dengan penuh amanah dan profesional.

Program diteruskan dengan 𝗦𝗹𝗼𝘁 𝟯 – 𝗧𝗮𝗸𝗹𝗶𝗺𝗮𝘁 “𝗜𝘀𝘂-𝗜𝘀𝘂 𝗦𝗲𝗺𝗮𝘀𝗮 𝗣𝗲𝗿𝗸𝗵𝗶𝗱𝗺𝗮𝘁𝗮𝗻” yang disampaikan oleh Tuan Haji Aminuddin bin Awang, Presiden NUTP, yang turut disusuli dengan Majlis Perasmian Pembukaan Seminar Pemantapan dan Pengorganisasian Kesatuan NUTP Negeri Sembilan 2026.

Semoga pengisian dan perkongsian sepanjang program ini dapat memperkukuh pengetahuan, meningkatkan kesedaran serta memantapkan peranan kepimpinan dan ahli kesatuan dalam memperjuangkan kepentingan warga pendidikan.

𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗞𝗘𝗗𝗨𝗔 | 16 September 2026, Rabu. Hari kedua Seminar Pemantapan dan Pengorganisasian Kesatuan NUTP Negeri Sembilan 2026 diteruskan dengan pelbagai pengisian yang komprehensif, merangkumi aspek kesatuan sekerja, persaraan, perundangan serta perlindungan dan kepentingan warga pendidik dalam perkhidmatan.

Program dimulakan dengan 𝗦𝗹𝗼𝘁 𝟰 – 𝗧𝗮𝗸𝗹𝗶𝗺𝗮𝘁 “𝗞𝗲𝗽𝗲𝗻𝘁𝗶𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗞𝗲𝘀𝗮𝘁𝘂𝗮𝗻 𝗦𝗲𝗸𝗲𝗿𝗷𝗮” yang disampaikan oleh Siti Zafirah binti Abu Bakar, Pegawai Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS) Melaka & Negeri Sembilan. Perkongsian ini memberikan pemahaman berkaitan peranan dan kepentingan kesatuan sekerja dalam memperjuangkan kebajikan serta kepentingan warga pekerja.

Seterusnya, 𝗦𝗹𝗼𝘁 𝟱 – 𝗧𝗮𝗸𝗹𝗶𝗺𝗮𝘁 “𝗙𝗮𝗲𝗱𝗮𝗵 𝗣𝗲𝗿𝘀𝗮𝗿𝗮𝗮𝗻 & 𝗖𝘂𝘁𝗶 𝗬𝗮𝗻𝗴 𝗠𝗲𝗻𝗷𝗲𝗷𝗮𝘀𝗸𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗿𝘀𝗮𝗿𝗮𝗮𝗻” telah disampaikan oleh Tuan Syed Mohd Nazrin bin Syed Hamzah, Penolong Pengarah, Bahagian Pencen, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Putrajaya. Sesi ini memberi pendedahan penting berkaitan faedah persaraan serta perkara-perkara berkaitan cuti yang boleh memberi implikasi terhadap kelayakan dan faedah persaraan.

Program diteruskan dengan 𝗦𝗹𝗼𝘁 𝟲 – 𝗧𝗮𝗸𝗹𝗶𝗺𝗮𝘁 “𝗥𝗶𝘀𝗶𝗸𝗼 𝗚𝘂𝗿𝘂 𝗗𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗔𝘀𝗽𝗲𝗸 𝗣𝗲𝗿𝘂𝗻𝗱𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻” yang disampaikan oleh Tuan Francis Pereira, daripada Tetuan Francis Pereira & Shan, Peguam NUTP. Sesi ini memberikan pencerahan berkaitan aspek perundangan, tanggungjawab serta risiko yang perlu diberi perhatian oleh guru dalam melaksanakan tugas dan amanah sebagai pendidik.

Seminar kemudiannya diakhiri dengan Majlis Perasmian Penutup yang disempurnakan oleh Puan Siti Khadijah binti Ahmad, Pengarah JHEKS Melaka & Negeri Sembilan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih dirakamkan kepada semua penceramah, jemputan, barisan kepimpinan serta para peserta yang telah bersama-sama menjayakan Seminar Pemantapan dan Pengorganisasian Kesatuan NUTP Negeri Sembilan 2026.

Semoga segala ilmu, perkongsian dan pengalaman yang diperoleh sepanjang seminar ini dapat menjadi pemangkin kepada pemerkasaan kesatuan serta meningkatkan kefahaman dan kesiapsiagaan warga pendidikan dalam menghadapi cabaran perkhidmatan.