Mengenai Kami

Sejarah awal kesatuan guru

Pada tanggal 27 Jun 1974, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (National Union of the Teaching Profession) atau ringkasnya NUTP telah ditubuhkan dan didaftarkan secara rasmi sebagai Kesatuan Sekerja. Penubuhan NUTP adalah hasil gabungan dua buah kesatuan guru iaitu National Union of Teachers (NUT) dan Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Sekolah Kebangsaan (KKGSK). Presiden pertama NUTP ialah Allahyarham Tuan Haji Ahmad bin Haji Abdul Rahman Manakala Saudara Aloysius Mathews pula merupakan Setiausaha Agung pertama ketika itu.

Keahlian NUTP terdiri daripada pelbagai kategori guru dari semua jenis peringkat sekolah di Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kementerian Pengajian Tinggi. Keahlian NUTP sehingga 31 Oktober 2024 adalah seramai 202,675 orang ahli dan telah menjadikan NUTP sebuah Kesatuan Guru yang terbesar di Malaysia.

Ibu Perjabat NUTP terletak di Kuala Lumpur. NUTP juga mempunyai 12 cawangan di seluruh negara. Peranan cawangan NUTP adalah membantu mengelolakan aktiviti dan memproses tuntutan bayaran semua tabung kebajikan NUTP. Ini memudahkan ahli-ahli NUTP serta kaedah ini membolehkan NUTP bergerak secara berkesan dan aktif.

NUTP sentiasa prihatin dengan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada semua ahli NUTP. Dalam pada itu juga, NUTP akan memastikan melalui perhubungan kerjaya dan keistimewaan khas serta perkara-perkara lain yang boleh menjadikan NUTP sebuah kesatuan guru yang disegani.

Sehubungan dengan itu, NUTP akan berusaha meningkatkan kebajikan ahli-ahli NUTP dari segi sosial serta menawarkan perkhidmatan terbaik ke arah kecemerlangan profesion pendidikan. Di samping itu, NUTP akan membantu kaum pendidik memahami peranan mereka untuk memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Penubuhan KPPK Cawangan Negeri Sembilan

Persatuan Kesatuan Guru-Guru Pendidikan Negeri Sembilan (NUTP Negeri Sembilan) telah ditubuhkan dengan matlamat utama untuk memperkasakan profesyen perguruan di negeri ini. Sebagai sebuah pertubuhan yang diiktiraf, NUTP Negeri Sembilan bertanggungjawab untuk menyuarakan hak-hak dan kebajikan guru-guru di negeri ini, serta memainkan peranan penting dalam memastikan kualiti pendidikan terus terjaga dan berkembang.

Perjuangan KPPK Cawangan Negeri Sembilan

Penubuhan NUTP Negeri Sembilan adalah satu usaha untuk menyatukan tenaga pendidik dalam satu platform yang kukuh, di mana setiap ahli dapat berkongsi ilmu, pengalaman, dan aspirasi dalam memajukan profesion perguruan. Dengan sokongan daripada pelbagai pihak, NUTP Negeri Sembilan berusaha untuk memperbaiki keadaan pendidikan di peringkat negeri dengan mengadakan pelbagai program pembangunan profesional dan aktiviti yang memberi manfaat kepada guru-guru di semua peringkat.

Sebagai suara pendidik, NUTP Negeri Sembilan juga berperanan dalam memperjuangkan kesejahteraan dan hak-hak guru, memastikan mereka mendapat sokongan yang sewajarnya untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik dalam mendidik generasi masa depan. Dalam setiap langkah, NUTP Negeri Sembilan sentiasa komited untuk menjadikan pendidikan di negeri ini lebih cemerlang dan berdaya saing.

Tentang Kami

KPPK dikenali sebagai Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia. KPPK adalah kesatuan yang ditubuhkan untuk guru-guru oleh para guru pada tahun 1974. Ia adalah hasil gabungan dua buah kesatuan guru iaitu National Union of Teachers (NUT) dan Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Sekolah Kebangsaan (KKGGSK).

  • Kesatuan sekerja yang terbesar di Malaysia
  • Kesatuan yang terbesar dalam Perkhidmatan Awam
  • Kesatuan guru yang tunggal di dalam CUEPACS.
  • KPPK menganggotai Majlis Bersama Kebangsaan (MBK).
  • Pengasas Asean Council of Teachers (ACT)
  • Anggota tunggal dari Malaysia dalam “Education International”.
  • Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) dan agensi-agensi lain melalui Education International.

Matlamat Kami

  • Pembela kaum guru dan profesion keguruan
  • Sentiasa prihatin terhadap perkhidmatan para guru
  • Meningkatkan kebajikan ahli-ahli dari segi sosial dan material
  • Membantu kaum guru memahami perananya dalam mengisi hasrat Falsafah Pendidikan Negara
  • Meningkatkan imej dan martabat professionalisme guru