MAJLIS MAKAN MALAM HARI GURU NUTP NEGERI SEMBILAN & MAJLIS JASAMU DIKENANG MANTAN EXCO NUTP NEGERI SEMBILAN : Klana Resort, Seremban

NUTP Negeri Sembilan

September 15, 2026

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan penuh meriah Majlis Makan Malam Hari Guru NUTP Negeri Sembilan Tahun 2026 dan Majlis Jasamu Dikenang bersempena persaraan mantan EXCO NUTP Negeri Sembilan merangkap Penolong Bendahari NUTP Negeri Sembilan, Sdri. Michelle Foo Huey Ming.

Majlis ini berlangsung dalam suasana penuh kemesraan, penghargaan dan semangat kekeluargaan, dengan menghimpunkan barisan kepimpinan NUTP, warga pendidik, ahli-ahli NUTP serta para tetamu kehormat.

Majlis diserikan dengan kehadiran YAB Dato’ Haji Ismail bin Haji Lasim, Menteri Besar Negeri Sembilan, YB Dato’ Haji Zaifulbahri bin Idris, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan merangkap EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Modal Insan Negeri Sembilan, Sdr. Haji Aminuddin bin Awang, Presiden NUTP, Puan Siti Khadijah binti Ahmad, Pengarah JHEKS Melaka dan Negeri Sembilan, Puan Hafizah Nabilah binti Mohd Idris, Pengarah JHEKS Selangor dan Wilayah Persekutuan, Puan Khalidah binti Haji Omar, Pengarah Pendidikan JPNS, ketua-ketua Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, barisan pengetua dan guru besar Negeri Sembilan, barisan kepimpinan NUTP Malaysia, para mantan EXCO dan ahli-ahli NUTP.

Dalam majlis yang sama, penghargaan Jasamu Dikenang turut disampaikan kepada Sdri. Michelle Foo Huey Ming sebagai tanda penghormatan dan terima kasih atas segala jasa, sumbangan, komitmen serta khidmat bakti yang telah dicurahkan kepada NUTP sepanjang tempoh perkhidmatan beliau.

Elemen Sambutan Hari Malaysia turut menyemarakkan majlis dengan membawa mesej perpaduan, kebersamaan dan semangat patriotisme dalam kalangan tetamu yang hadir.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih dirakamkan kepada semua tetamu kehormat, para jemputan dan seluruh warga NUTP yang sudi meluangkan masa serta hadir memeriahkan majlis ini. Kehadiran dan sokongan yang diberikan amat bermakna buat NUTP Negeri Sembilan.

Tidak dilupakan, ucapan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada barisan Ahli Jawatankuasa (AJK) serta seluruh staf NUTP Negeri Sembilan yang telah bertungkus-lumus, mencurahkan masa, tenaga dan komitmen dalam memastikan setiap persiapan dan perjalanan majlis dapat dilaksanakan dengan lancar. Segala usaha, kerjasama dan pengorbanan yang diberikan amat dihargai.