PROGRAM KESEDARAN KANSER REPRODUKTIF WANITA (WCARE) BIRO WANITA NUTP NEGERI SEMBILAN 2025 : Klana Resort, Seremban

NUTP Negeri Sembilan

August 15, 2025

Tarikh : 16 Ogos 2025, Sabtu
Tempat : Klana Resort, Seremban
Penceramah : Puan Yusniza binti Mohd Yunus (Skim Kebajikan Takaful NUTP – Tony Ng Associates), Puan Anizzaliza binti Adam (Ceramah Perancang Keluarga – Jururawat LPPKN Negeri Sembilan), Dr. Norhidayah binti Othman (Ceramah Kesedaran Kanser Reproduktif Wanita (WCaRe) – Pegawai Perubatan LPPKN Negeri Sembilan), YBrs. Prof. Dr. Jamali bin Wagiman (Ceramah Kesejahteraan Keluarga : Kesuburan & Kesejahteraan Wanita – Pegawai Perubatan UCSI Hospital) dan Sdr. Haji Aminuddin bin Awang (Isu-Isu Semasa Pendidikan & Majlis Perasmian Penutup – Presiden NUTP Malaysia)

Telah berlangsung Program Kesedaran Kanser Reproduktif Wanita (WCaRe) anjuran Biro Wanita NUTP Negeri Sembilan dengan kerjasama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Negeri Sembilan serta WADANI di Klana Resort, Seremban.

Penganjuran program ini bertujuan memberi kesedaran kepada wanita tentang penjagaan kesihatan reproduktif dan kepentingan pemeriksaan berkala bagi mencegah kanser.

Antara pengisian utama program adalah ceramah Kesedaran Kanser Reproduktif Wanita yang disampaikan oleh Pegawai Perubatan LPPKN Negeri Sembilan, Dr. Norhidayah binti Othman, dan ceramah Kesejahteraan Keluarga oleh Prof. Dr. Jamali bin Wagiman dari UCSI Hospital.

Antara saringan kesihatan yang diadakan adalah Ujian HPV DNA dan Pendaftaran Subsidi Mammogram. Selain itu, pemeriksaan kesihatan juga dilakukan yang merangkumi Ujian glukose dan Kolestrol, tekanan darah,b erat badan, tinggi dan Indeks jisim badan (BMI).

Majlis penutup telah dirasmikan oleh Presiden NUTP, Tuan Haji Aminuddin bin Awang.

NUTP Negeri Sembilan merakamkan setinggi tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua peserta serta rakan strategik yang menyokong pelaksanaan program ini. Diharapkan ilmu yang diperoleh mampu menyumbang kepada gaya hidup yang lebih sihat dan sejahtera.