Keahlian KPPK Negeri Sembilan
Keahlian dibuka kepada semua Guru Kerajaan Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dan berkhidmat di Semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Permohonan dikemukan kepada Cawangan.
Ahli-ahli yang telah bersara yang bersara atau meletak jawatan sebagai guru boleh memohon menjadi Ahli Bersekutu. Kemudahan adalah sama seperti ahli biasa tetapi tidak boleh mengundi atau memegang jawatan atau menyertai dalam jawatankuasa.
Manfaat Untuk Ahli
Hak ke atas manfaat dari Tabung Kebajikan, Tabung Khairat Kematian dan Tabung Tindakan Perusahaan. Layak untuk memohon pengecualian yuran bulanan jika menyambung belajar atau menghadiri kursus lebih dari 6 bulan tanpa perlu membayar atau bayar separuh sahaja.
Jika tidak bekerja atau mengalami penyakit kritikal, yuran bulanan ahli yang tertunggak akan diberi diskaun atau kadar istimewa dengan mendapat kelulusan bertulis daripada Lembaga Eksekutif atau Delegasi Persidangan.
Jika Anda Memerlukan Bantuan Undang-undang
Sebagai seorang ahli, anda boleh memohon khidmat nasihat dan bantuan guaman dalam perkara berkaitan menjejaskan pekerjaan anda. Dalam kes istimewa, Perlembagaan Kesatuan juga menyediakan bantuan kewangan ke atas kes pengangguran, pemangsaan atau pembantahan profesional.
Jika Anda Ada Masalah
Anda boleh guna perkhidmatan yang disediakan oleh KPPK berkaitan perkara pembetulan anomali gaji, cuti, pemindahan, persengketaan dengan pihak atasan dan kes disiplin. Kesatuan selalu berjumpa dengan pihak Kementerian Pelajaran / Jabatan Pelajaran secara rasmi untuk berbincang dan menyelesaikan masalah ahli-ahli. Anda tidak perlu menghadapi masalah sebelum anda dapat mendekati kesatuan, ia juga mendengar sebarang pertanyaan daripada ahli-ahli yang memerlukan khidmat nasihat.
Meningkatkan Profesionalisme
Kesatuan menganjur ceramah, forum, seminar dan bengkel berkaitan isu pendidikan dan profesional untuk manfaat ahli-ahli. Aktiviti ini bertujuan mencari jalan penyelesaian untuk masalah pendidikan setempat, menyediakan arah tuju bagi ahli-ahli biasa dan pemimpin ke arah urusan profesional serta meningkatkan profesionalisme.
Tanggungjawab seorang ahli
- Perlu membayar yuran pada waktu yang ditetapkan dan berterusan.
- Perlu memaklumkan kepada Setiausaha Cawangan dengan segera jika berlaku pertukaran alamat atau tempat kerja.
- Perlu berkelakuan baik ketika menghadiri aktiviti kesatuan. Jika tidak, ahli tersebut dilarang menyertai mana-mana aktiviti jika didapati menunjukkan kelakuan buruk.
- Seorang ahli tidak dibenarkan mengedar mana-mana dokumen atau penerbitan dari KPPK tanpa kebenaran Lembaga Eksekutif atau Jawatankuasa Cawangan.
- Seorang ahli tidak dibenarkan mendedahkan atau memberitahu perkara berkaitan KPPK kepada bukan ahli, organisasi atau media tanpa kebenaran.
- Seorang ahli mesti membayar yuran tunggakan atau levi dalam masa 6 bulan selepas menerima penyata tunggakan. Gagal berbuat demikian menyebabkan kehilangan keahlian.
Yuran
Yuran Ahli Biasa
| Yuran Masuk (sekali sahaja) | RM 5.00 |
| Yuran Pendahuluan (sekali sahaja) | RM20.00 |
| Tabung Khairat Kematian (sekali sahaja) | RM10.00 |
| Tabung Pembangunan (sekali sahaja) | RM10.00 |
| Tabung Kebajikan (sekali sahaja) | RM10.00 |
| Yuran Ahli (bulanan) | RM7.00 |
| Tabung (bulanan) | RM3.00 |
Yuran Ahli Bersekutu
Kadar baru yang telah didaftarkan dan diluluskan oleh pihak Jabatan Hal Ehwal Sekerja (JHEKS), Putrajaya berkuatkuasa dari tarikh 27 Disember 2022 adalah seprti ketetapan berikut:
| Keahlian kurang daripada 10 tahun | RM500 |
| Keahlian lebih 10 tahun sehingga 19 tahun | RM400 |
| Keahlian lebih 20 tahun sehingga 29 tahun | RM300 |
| Keahlian lebih 30 tahun | RM200 |
Mengapa Perlu Menjadi Ahli
Jika Anda Memerlukan Bantuan Undang-undang
Sebagai seorang ahli, anda boleh memohon khidmat nasihat dan bantuan guaman dalam perkara berkaitan menjejaskan pekerjaan anda. Dalam kes istimewa, Perlembagaan Kesatuan juga menyediakan bantuan kewangan ke atas kes pengangguran, pemangsaan atau pembantahan profesional.
Jika Anda Ada Masalah
Anda boleh guna perkhidmatan yang disediakan oleh KPPK berkaitan perkara pembetulan anomali gaji, cuti, pemindahan, persengketaan dengan pihak atasan dan kes disiplin. Kesatuan selalu berjumpa dengan pihak Kementerian Pelajaran / Jabatan Pelajaran secara rasmi untuk berbincang dan menyelesaikan masalah ahli-ahli. Anda tidak perlu menghadapi masalah sebelum anda dapat mendekati kesatuan, ia juga mendengar sebarang pertanyaan daripada ahli-ahli yang memerlukan khidmat nasihat.
Meningkatkan Profesionalisme
Kesatuan menganjur ceramah, forum, seminar dan bengkel berkaitan isu pendidikan dan profesional untuk manfaat ahli-ahli. Aktiviti ini bertujuan mencari jalan penyelesaian untuk masalah pendidikan setempat, menyediakan arah tuju bagi ahli-ahli biasa dan pemimpin ke arah urusan profesional serta meningkatkan profesionalisme.
Selamat datang ke sambutan ulang tahun ke-50 NUTP Negeri Sembilan!
Lima dekad penuh dengan perjuangan, kejayaan, dan dedikasi kepada dunia pendidikan.
Dapatkan aplikasi MyNUTP di Google Play dan App Store hari ini! Mudah untuk akses info terkini, aktiviti, dan banyak lagi – semuanya di hujung jari anda. Jangan lupa tonton video panduan untuk memulakan penggunaan aplikasi dengan lebih mudah. Muat turun sekarang dan tingkatkan pengalaman anda bersama NUTP!



