SEMINAR PENDIDIKAN DAN SPORATS (SPORTS & ARTS) NUTP MALAYSIA 2025 : Hatten Hotel, Melaka

NUTP Negeri Sembilan

October 5, 2025

Telah berlangsung Sports and Arts (SPORATS) NUTP Malaysia 2025 pada 3 hingga 5 Oktober 2025 bertempat di Hatten Hotel, Melaka.

Program ini merangkumi 4 aktiviti utama iaitu:

1) Seminar Pendidikan yang disampaikan oleh Puan Siti Zakiah binti Che Man, Ketua Unit Integriti, Kementerian Pendidikan Malaysia,

2) Pertandingan Fun Run,

3) Pertandingan Tenpin Boling, dan

4) Pertandingan Nyanyian Solo.

SPORATS NUTP 2025 telah dirasmikan oleh YB Datuk Rosli bin Abdullah, Timbalan EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Kerajaan Negeri Melaka.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada NUTP Malaysia kerana menjayakan program ini.

Setinggi-tinggi tahniah dirakamkan kepada semua peserta cawangan dari seluruh Malaysia khususnya kontinjen NUTP Negeri Sembilan kerana memberi komitmen yang jitu dan semangat juang yang tinggi dalam setiap pertandingan yang diadakan. Anda hebat!

Semoga SPORATS NUTP terus menyemai semangat perpaduan, ilmu dan gaya hidup sihat dalam kalangan warga pendidik demi mencapai aspirasi Malaysia Madani.