Sejarah KPPK

Pada tanggal 27 Jun 1974, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (National Union of the Teaching Profession) atau ringkasnya, KPPK telah ditubuhkan dan didaftarkan secara rasmi. Penubuhan KPPK adalah hasil gabungan dua buah kesatuan guru iaitu National Union of Teachers (NUT) dan Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Sekolah Kebangsaan (KKGSK). Presiden pertama KPPK ialah Allahyarham Tuan Haji Ahmad Bin Haji Abdul Rahman dan saudara Aloysius Mathews sebagai Setiausaha Agung.

Keunikan KPPK

Keahlian KPPK terdiri daripada pelbagai kategori guru-guru dari semua jenis peringkat sekolah. Tidak dapat dinafikan hari ini di Asia, KPPK merupakan kesatuan yang diiktiraf dengan bilangan keahlian 185,648 orang ahli (Mac 2017) di 12 cawangan.

KPPK merupakan kesatuan kebangsaan dan cawangan-cawangan KPPK membantu mengelolakan aktiviti di peringkat cawangan. Kaedah ini membolehkan KPPK bergerak secara berkesan dan aktif. Setiap cawangan mempunyai pejabat, AJK Cawangan dan bangunan sendiri.